Akhir hayat dan kemangkatan Sultan_Iskandar_ibni_Almarhum_Sultan_Ismail

Sultan Iskandar di Festival Layang-layang Internasional Pasir Gudang 2004

Setelah menjalani pembedahan pintas arteri koronari di Amerika Syarikat pada tahun 2000, pihak-pihak yang terdekat dengan Sultan Iskandar melaporkan bahawa gaya hidup baginda semakin perlahan sehingga baginda sekali-sekala keluar berangkat bermain golf.[9] Pada bulan Januari 2010, baginda pernah dimasukkan ke dalam hospital tempatan untuk merawat penyakit bronkitis.[106]

Sultan Iskandar mangkat pada 22 Januari 2010, pada jam 7:15 malam di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru setelah dimasukkan pada awal hari itu kerana gering pada usia 77.[107]Kemangkatan baginda diumumkan secara rasmi pada 11:20 malam oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengumumkan bahawa bendera negeri Johor diturunkan separuh tiang mula jam 6:00 pagi hingga jam 6:00 petang. Almarhum akan disemayamkan di Istana Besar, Johor Bahru dan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada jam 2:00 petang keesokannya, sebaik sahaja tamatnya waktu orang ramai menziarahi persemayaman Almarhum Sultan Iskandar pada waktu pagi.[108]

Rujukan

WikiPedia: Sultan_Iskandar_ibni_Almarhum_Sultan_Ismail http://www.capi.uvic.ca/pubs/oc_papers/GILLEN.pdf http://www.asiaone.com/Health/News/Story/A1Story20... http://www.bernama.com/bernama/state_news/news.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id... http://www.bernama.com/bernama/v5/news_lite.php?id... http://www.bernama.com/bernama/v5/news_lite.php?id... http://www.everysingleplace.com/features/7576154-t... http://www.iht.com/articles/1992/12/15/mayl.php http://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?res=9A0... http://d.scribd.com/docs/1qk1gf12zfh2pc7brw49.pdf